Kerajaan laksana Geran Khas Prihatin 3.0

Iklan
Kelihatan orang awam mengambil kesempatan mendengar perutusan melalui telefon pintar yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan satu lagi pakej khusus bagi memperkasa rakyat dan industri petang tadi. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kerajaan bakal melaksanakan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) bagi memastikan sektor perniagaan mendapatkan bantuan untuk beroperasi semula.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000.

Iklan
Iklan

"Permohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April bagi PKS yang tidak menerima GKP sebelum ini.

"Geran ini dijangka memanfaatkan lebih sejuta usahawan,” katanya dalam siaran langsung pengumuman khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini kerajaan memperkenalkan lima pakej bantuan bermula dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion pada Mac 2020 dan diikuti Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan berjumlah RM10 bilion, sebulan kemudian.

Pada Jun tahun sama, kerajaan melaksanakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) membabitkan perbelanjaan RM35 bilion manakala pakej Kita Prihatin dengan peruntukan RM10 bilion pula dilaksanakan tiga bulan selepas itu.

Iklan

Pada Januari tahun ini bagi memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion.