Perak FC II tumbang lagi di Ipoh

Iklan
Aksi perlawanan Perak FC II menentang Negeri Sembilan FC memihak pasukan pelawat dengan kemenangan 0-2 di Stadium Perak, Ipoh pada Rabu.

PERAK FC II terus kecundang di laman sendiri berturut-turut apabila ditundukkan Negeri Sembilan FC 0-3 di Stadium Perak, di sini pada Rabu.

Perlawanan pada babak pertama menyaksikan pasukan Negeri Sembilan FC mendominasi permainan dengan beberapa peluang menerusi serangan ke kubu tuan rumah.

Iklan
Iklan

Pemain Perak FC II yang tewas di gelanggang sama pada minggu lalu dengan Sarawak United FC terpaksa menyerap asakan pemain Negeri Sembilan FC bagi mengelak gawang dibolosi pada awal permainan.

Ketika perlawanan memasuki minit ke-10, Negeri Sembilan FC membuat pertukaran pertama dengan memasukkan S Deevan Raj menggantikan R Aroon Kumar yang mengalami kecederaan.

Iklan

Pasukan pelawat kemudiannya memperoleh peluang menjaringkan gol namun tandukan pemain import mereka, Rafael Gomes de Oliveira menggegar palang gol Perak FC II

Usaha bertali arus Negeri Sembilan FC membuahkan hasil apabila mereka berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan R Barathkumar menewaskan penjaga gol tuan rumah, G Yuganes.

Iklan

Ketika perlawanan sebenar berbaki lima minit separuh masa pertama, Perak FC II membuat pertukaran pemain pertama dengan mengeluarkan Muhamad Alif Zikri Zaini Anuar diganti oleh Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan.

Dalam pada itu, Perak FC II dihadiahkan sepakan percuma pada minit ke-43 namun sepakan Kapten Pasukan, Muhammad Nasrol Amri Kamarul Azhar terkena pemain Negeri Sembilan FC yang membuat benteng.

Keputusan 0-1 kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan dengan pasukan lawan mendominasi permainan.

Bersambung babak kedua perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa bermain dalam padang yang basah akibat hujan di Stadium Perak.

Kedua-dua pasukan juga mengatur strategi baharu dengan membawa masuk tiga pemain baharu ke dalam padang.

Perlawanan kemudiannya dilihat semakin rancak apabila masing-masing saling menyerang ke kubu lawan untuk mencipta jaringan.

Negeri Sembilan FC memperoleh peluang menggandakan jaringan menerusi sepakan R Barathkumar namun rembatan tersebut berjaya ditepis keluar penjaga gawang Perak FC II.

Hujan lebat berterusan menyaksikan kedua-kedua pasukan sukar mengatur gerak di atas permukaan padang licin yang turut menyebabkan berlaku beberapa kekasaran.

Bagaimanapun keadaan itu tidak menghalang Negeri Sembilan FC untuk memperoleh gol kedua hasil jaringan pemain import mereka, Alain Thiery Akono Akono sekaligus menyaksikan Perak FC II terus ketinggalan 0-2 pada minit ke-60.

Seakan mengetahui kelemahan tuan rumah, Negeri Sembilan FC mengasak bertali arus ke kubu Perak FC II untuk menambah lagi jaringan, namun terus dipertahankan anak buah Syamsul Mohd Saad.

Kad kuning pertama perlawanan dilayangkan pengadil, Mohd Azizan Saat Ariffin ke atas Mohamad Zamri Ramli kerana kekasaran ke atas pemain tengah Perak FC II, Muhammad Hakimi Mat Isa.

Tamat perlawanan menyaksikan Negeri Sembilan FC berjaya membawa pulang tiga mata berharga ke Paroi selepas menjinakkan pasukan tuan rumah.

Sementara itu Perak FC II yang turun tanpa pemain import terus gagal mengutip mata di laman sendiri selepas melayan kunjungan dua pasukan teratas Liga Premier berturut-turut.