Kalau kau nak main, kau datang: BPR

Iklan
BPR

NAMA kumpulan Bumi Putra Rockers (BPR) dalam industri nyanyian sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Ketika di puncak populariti, kumpulan yang dianggotai oleh Joey atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, 56, selaku vokalis, gitar utama; Awang (Norzaini Mohammad, 55), dram; Enal (Raja Zainal Abidin Raja Hasnan, 58), bass; Yem Bai (Abdul Rahim Mohd Zain,53) dan gitar; Harun (Harun Ahmad, 53) cukup dikenali, setaraf dengan Search, Wings, May, XPDC, Febians dan ramai lagi penyanyi era 80-an.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun sama seperti kumpulan lain yang ada turun naiknya, BPR juga berdepan dengan tenggelam timbul arus populariti.

Namun ia tidak sedikit pun melunturkan semangat mereka untuk terus bergerak aktif, biarpun kini hanya berempat selepas Harun lebih selesa membawa haluan sendiri.

Iklan

Terbaharu, kumpulan BPR akan mengadakan konsert Silaturahim pada 10 Mac ini di 11LA (The House) G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bermula jam 9 malam.

Menurut Joey, BPR amat berterima kasih dan menghargai usaha Koperasi Silaturahim Selangor Berhad, yang diterajui oleh bekas pelajar Sekolah Alam Shah dari tahun 195-1989 atau lebih dikenali sebagai KOSIL, yang sudi menaja konsert mereka kali ini.

Iklan

"Awang dan Presiden KOSIL iaitu saudara Mohamad Nor Rusli saling mengenali dan dari situ tercetusnya idea untuk bekerjasama serta sekali gus mengadakan konsert BPR.

"Konsert Silaturahim ini diambil dari nama koperasi ini dan juga lagu BPR sendiri. Kami juga melihat konsert ini mengeratkan lagi silaturahim BPR dengan peminat kami.

"Saya kira, konsert ini juga sebagai memenuhi permintaan peminat yang sering menanyakan, bila kami mahu mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

"Jadi saya berharap, mereka akan ramai-ramai hadir menyaksikan konsert ini nanti," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Silaturahim bersama BPR di G Tower, Kuala Lumpur, kelmarin.

Ditanya tentang ketiadaan Harun, Joey menjelaskan, BPR sudah lama bergerak berempat. Bagaimanapun mereka ada mempelawa Harun untuk menyertai konsert ini, namun dimaklumkan Harun tidak berkelapangan.

"Buat masa ini, tempat Harun digantikan oleh pemain gitar kumpulan Butterfly iaitu Nadia Helda Azman.

"Tetapi buat masa sekarang, Helda masih dalam tempoh percubaan dan kami kira, BPR adalah kumpulan rock pertama yang mengambil wanita sebagai ahli.

"Bagaimanapun Helda tidak terikat dengan kami buat masa ini dan dia bebas untuk bermain dengan mana-mana band. Malah ahli BPR yang lain juga begitu.

"Untuk kes Harun, bagi saya mudah sahaja, kalau kau nak main, kau datang, tapi kalau kau tak datang, maksudnya kau tak nak mainlah.

"Menerusi perbualan pegawai perhubungan BPR iaitu Sariah, kami difahamkan Harun tidak mahu main gitar, jadi kami tak mahu paksa," jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai konsert itu nanti, Joey berkata, mereka akan menyampaikan seleksi lagu popular BPR seperti Harum Subur Di Hati, Seribu Tahun Takkan Mungkin, Aku Hanya Serangga, Silaturahim dan banyak lagi lagu secara unplugged, rock klasik, metal dan banyak lagi.

Katanya, mereka akan memastikan konsert tersebut dapat memenuhi kepuasan peminat dan ia disesuaikan dengan pengalaman 35 tahun mereka di dalam industri.

"Walaupun kami sudah berusia dan tidak beberapa sihat, kami akan cuba buat sebaik mungkin. Kita akan buat arrangement muzik yang baru, tak ikut CD.

"Kemudian kami juga akan adakan sesi meet and greet untuk peminat mendekati kami. Walaupun boleh dianggap tugas berat, tapi kami tetap buat dan akan buat sehabis baik.

"Ibaratnya kalau esok saya mati, saya akan tinggalkan sesuatu buat peminat untuk diingati," ujarnya.

Selain konsert, Joey berkata, mereka juga sudah menubuhkan kelab peminat dan turut menjual pelbagai merchandise untuk peminat mereka.

Menariknya, pada konsert itu nanti, akan diadakan sesi bertemu dengan peminat dan berpeluang bergambar dan mendekati setiap anggota BPR.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan tiket konsert Silaturahim, boleh mendapatkan tiket pada harga RM 100 menerusi www.bprticket.tk .