KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan duduk tersembam seperti sujud di tepi tali air berhampiran sawah padi di Kampung Cenok, Batu 8, di sini.
Mayat Khairul Amerey Ghazali, 35, mempunyai kesan darah pada mulut dan ditemui orang awam sebelum dilaporkan kepada polis pada jam 4.05 petang.
Iklan
Iklan
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebaik menerima panggilan, pihaknya bergegas ke lokasi penemuan itu dan mendapati mayat mangsa masih berada dalam keadaan bersujud bersebelahan sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR.
Katanya, pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa tidak menemui kesan pergelutan selain sedikit darah pada bahagian mulut lelaki itu dipercayai akibat tersembam ke atas jalan.
"Pihak polis turut memeriksa motosikal dan mendapati barangan peribadi seperti beg duit dan telefon bimbitnya masih berada di dalam raga motosikal. Kunci motosikal juga masih ada pada motosikal itu bersama topi keledar yang terletak elok.
"Lokasi kejadian juga tidak ada kesan pergelutan atau apa-apa yang mencurigakan dan mayat dihantar ke unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat dan punca kematian akibat kegagalan jantung berfungsi,” katanya kepada pemberita.
Artikel Berkaitan