SEREMBAN - Seekor tapir Malaya betina seberat 450 kilogram ditangkap sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan selepas memasuki perangkap yang dipasang di Ladang Johol, Johol, Kuala Pilah pada Rabu.
Pengarah Perhilitan, Wan Mat Wan Harun berkata, perangkap tersebut telah dipasang sejak 24 November tahun lepas susulan aduan daripada kakitangan ladang tersebut mengenai tapir itu yang sering berkeliaran di ladang mereka sejak tahun lepas.