GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu berkata, pihaknya akan terus mengesyorkan penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca kerana manfaatnya melebihi risiko, lapor Sputnik.
"Pada masa ini, WHO menganggap manfaat vaksin AstraZeneca melebihi risiko dan mengesyorkan agar vaksinasi diteruskan," kata kenyataan itu.