Muda lapor polis lapan menteri, timbalan menteri langgar SOP

Iklan
Wakil Muda semasa membuat laporan polis berhubung kesalahan termasuk merentas negeri, tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal melibatkan menteri, timbalan menteri - Foto FB Parti Muda

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengemukakan beberapa laporan mengenai menteri dan timbalan menteri yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Muda, pihaknya mendapat laporan tersebut melalui orang awam yang dibuat menerusi portal lapormenteri.com.

Iklan
Iklan

"Antara kesalahan ini termasuklah merentas negeri, tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal.

"Bukan sahaja merentas negeri, malah dibuat pula 'roadshow' parti politik,” ciapnya di Twitter pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut Muda berkata, pihaknya telah pun membuat laporan polis ke atas individu terbabit.

Katanya, individu tersebut termasuk Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Iklan

"Selain itu, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut terlibat sama dalam melanggar SOP.

"Justeru, wakil kami akan hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang hari ini untuk tujuan siasatan berkaitan laporan polis berkenaan.

"Kami juga ingin mengalu-alukan orang awam untuk memerhatikan tindakan VIP atau kayangan, seterusnya laporkan di http://lapormenteri.com sekiranya mereka dilihat melanggar SOP,” ciapnya.

Menerusi hantaran di Twitter tersebut, Muda turut memuat naik surat laporan polis ke atas menteri dan timbalan menteri berkenaan.