SANTIAGO - Pihak berkuasa Chile menjalankan siasatan bagi mengenal pasti ribuan bangkai sotong yang terdampar di sebuah pantai tarikan pelancong awal minggu ini.
Insiden pelik itu berlaku di Pantai Bahia Inglesa dan ia mungkin dikaitkan dengan pencemaran atau pemanasan global.
Penduduk tempatan turut diminta tidak memakan sotong berkenaan kerana ia berisiko menyebabkan keracunan makanan. - Agensi