Kapal bergesel sesama sendiri di perairan Malaysia-Singapura

Iklan
Kapal Polaris Malaysia

PUTRAJAYA -"Insiden sebuah kapal Polaris Malaysia dan sebuah kapal kargo pukal, Piraeus yang berdaftar di Greece bergesel sesama sendiri pada 9 Februari lepas berlaku di perairan yang menjadi pertikaian antara Malaysia dengan Singapura," kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

"Pegawai kami dan Majlis Keselamatan Negara sedang menguruskannya kerana Malaysia mendakwa ia berlaku dalam sempadan kita sementara Singapura mendakwa insiden itu berlaku dalam kawasannya.

Iklan
Iklan

Mengapa terdapat tuntutan berbeza? Kerana ia berlaku di dalam kawasan yang menjadi pertikaian dan kerana itu kami mahu menyelesaikannya isu dengan sejelas-jelasnya,” kata beliau kepada media selepas menghadiri satu mesyuarat dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking di Wisma Putra di sini hari ini.

Malaysia dan Singapura berbincang secara positif mengenai isu itu dan Saifuddin yakin perkara berkenaan dapat diselesaikan secara aman. - Bernama

Iklan
Iklan