PKRC MEC sudah capai 50 peratus kapasiti

Iklan
Mastura ketika melawat Pusat Kuarantin dan Rawat Covid-19 di Mara Education Centre (MEC), Jawi hari ini. - Foto Bernama

NIBONG TEBAL - Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Kecemerlangan Mara (MEC), Jawi di sini sudah mencapai kira-kira 50 peratus daripada kapasiti yang ditetapkan.

Sekretariat PKRC, Kapten C Sehgar berkata, PKRC yang terbesar di wilayah utara itu boleh menempatkan kapasiti seramai 1,000 pesakit.

Iklan
Iklan

Sehingga kini, katanya, kira-kira 500 pesakit sedang menerima rawatan serta dikuarantin di tempat berkenaan.

"Daripada jumlah ini, tiga kali ganda pesakit yang ditempatkan di sini merupakan warga asing.

Iklan

"Mereka ditempatkan secara berasingan dengan warga tempatan mengikut tahap jangkitan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas lawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid di PKRC terbabit pada Khamis.

Ketika lawatan itu, Mastura diberi taklimat ringkas mengenai pengoperasiannya.

Iklan

Sementara itu, Sehgar berkata, PKRC berkenaan akan terus dibuka sehingga pihaknya menerima arahan supaya operasinya dihentikan daripada menerima kemasukan pesakit yang dijangkiti Covid-19.

"Kita sentiasa menerima arahan dari semasa ke semasa. Setakat hari kesembilan, PKRC ini beroperasi dalam keadaan baik dan terkawal," katanya.