Suu Kyi berdepan tuduhan rasuah baharu

Iklan
Penunjuk perasaan prodemokrasi memegang potret Suu Kyi ketika menyertai upacara memperingati korban tindakan kekerasan pasukan keselamatan Myanmar. - Foto: AFP

YANGON - Penasihat Negara Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi berdepan satu lagi tuduhan rasuah yang dilemparkan pemerintah junta tentera selepas didakwa dengan empat pertuduhan termasuk melanggar peraturan Covid-19 dan memiliki walkie-talkie tidak berlesen sebelum ini.

Stesen penyiar kendalian tentera, Myawady pada malam Rabu menyiarkan rakaman video memaparkan pengakuan seorang ahli perniagaan warga tempatan, Maung Weik yang mengaku memberikan wang berjumlah $550,000 (RM2.3 juta) kepada pemimpin parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) itu sejak beberapa tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia ‘menderma’ wang tersebut kepada pemimpin kanan kerajaan kononnya sebagai jaminan kepada perniagaannya.

"Suu Kyi terlibat rasuah dan pihak berkuasa bersedia untuk mendakwa beliau mengikut undang-undang antirasuah,” kata juruhebah stesen terbabit.

Iklan

Minggu lalu, penerima Hadiah Nobel Keamanan pada 1991 itu didakwa menerima wang haram berjumlah AS$600,000 (RM2.5 juta) dan lebih 11 kilogram jongkong emas.

"Kesemua tuduhan itu sememangnya tidak berasas dan tidak logik. Suu Kyi mungkin ada kelemahan namun menerima rasuah bukan prinsipnya,” tegas peguam beliau, Khin Maung Zaw. - AFP

Iklan