Samun: Pengurus stesen minyak buat laporan palsu rupanya

Iklan
Suspek mengakui menggunakan sebahagian wang berkenaan untuk berjudi dan persiapan sambutan Tahun Baru Cina.

BUKIT MERTAJAM - Laporan yang dibuat seorang pengurus stesen minyak kononnya disamun seorang lelaki di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sungai Rambai di sini, semalam adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan semula di lokasi kejadian dan soal siasat yang dibuat terhadap suspek mendapati terdapat keterangan yang meragukan.

Iklan
Iklan

"Wanita berusia 58 tahun itu akhirnya mengaku sebahagian wang itu digunakan untuk bermain judi dan digunakan untuk persiapan meraikan sambutan Tahun Baru Cina dia guna lebih kurang RM16,100 dan bakinya disimpan dalam stesen minyak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus stesen minyak kena samun

"Siasatan lanjut ditempat kejadian dan hasil penelitian kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan tempat berkenaan juga didapati tidak ada kejadian samun yang berlaku," katanya ketika dihubungi di sini.

Iklan

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata,barang-barang lain seperti telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri yang hilang menurut telah dibuang kedalam tong sampah di jalan Padang Lalang di sini.

Katanya, wanita berkenaan ditahan reman selama empat hari untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pengurus stesen minyak berdepan detik mencemaskan apabila dia disamun seorang lelaki di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sungai Rambai petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, wanita berkenaan sedang berjalan ke arah keretanya sebelum seorang lelaki yang memakai topi keledar hitam menyambar beg tangan yang dibawanya.

Kejadian itu mengakibatkan wang miliknya berjumlah RM300 dan milik syarikat sebanyak RM35,000 dibawa lari oleh penjenayah berkenaan.