Kebakaran kedai di Pasar Datuk Keramat bukan sabotaj: Bomba

Iklan
Lebih 40 kedai di Pasar Datuk Keramat terbakar namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa

KUALA LUMPUR - Kebakaran lebih 40 kedai di Pasar Datuk Keramat di sini petang semalam tiada unsur sabotaj, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi.

Beliau berkata, pihaknya tidak menemui sebarang faktor yang boleh membawa kepada perbuatan sabotaj seperti yang didakwa segelintir pihak di media sosial.

Iklan
Iklan

"Api merebak dengan begitu pantas kerana bahan binaan gerai berkenaan terdiri daripada kayu. Selain itu, punca awal kebakaran dipercayai daripada elektrik namun siasatan terperinci masih dijalankan bersama pihak Tenaga Nasional Berhad bagi mengetahui punca sebenar kebakaran,” katanya kepada Bernama pada Khamis.

Tinjauan Bernama di pasar itu pada Khamis mendapati peniaga yang terjejas akibat kebakaran sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di premis masing-masing.

Iklan

Selain itu, terdapat peniaga yang kelihatan sibuk mengisi borang tuntutan kerugian premis untuk diserah kepada wakil Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan bagi tindakan selanjutnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Semalam, lebih 40 kedai di Pasar Datuk Keramat terbakar namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN Deretan gerai di Pasar Datuk Keramat terbakar

Iklan