Isu kalimah ALLAH: Jakim tunggu perkenan Majlis Raja-Raja

Iklan
Zulkifli Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi agama Islam yang lain akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya telah menyerahkan laporan hasil perbincangan antara mufti dan pakar undang-undang seluruh negara yang berlangsung pada Selasa lepas berhubung isu itu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Iklan
Iklan

"Kita telah mengangkat hal ini kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan insya-ALLAH, kita akan tunggu sedikit masa lagi.

"Kita akan uar-uarkan tindakan selanjutnya yang akan diambil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) di Masjid Negara hari ini.

Iklan

Turut hadir timbalan beliau, Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan ketua-ketua agensi di bawah kendaliannya.

Pada 10 Mac lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah ALLAH dan tiga perkataan Arab iaitu Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu kepada Mahkamah Rayuan pada 15 Mac lepas.

Iklan

Ditanya sama ada Jakim akan mengambil sebarang tindakan sebagai menyokong Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia yang membuat rayuan terhadap keputusan itu, Zulkifli berkata, ia bergantung kepada keputusan Majlis Raja-Raja selepas meneliti hasil mesyuarat bersama mufti berkenaan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan fail rayuan keputusan kes kalimah ALLAH

Mahkamah Tinggi benarkan penganut Kristian guna kalimah ALLAH