Polis siasat dakwaan menteri rentas negeri

Iklan
Wan Kamarul Azran

SEPANG - Polis mulakan siasatan berhubung dakwaan beberapa menteri yang merentas negeri untuk menghadiri majlis perkahwinan di Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi memulakan siasatan terhadap tuduhan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kita akan dapatkan keterangan daripada penganjur terlebih dahulu, belum ada arahan lagi untuk rekod keterangan," katanya pada Jumaat.

Pada Ahad, gambar beberapa menteri di sebuah majlis perkahwinan dimuat naik di sebuah akaun Instagram sebelum dipadamkan.

Iklan

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada Khamis mengemukakan beberapa laporan mengenai menteri dan timbalan menteri yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Muda, pihaknya mendapat laporan tersebut melalui orang awam yang dibuat menerusi portal lapormenteri.com.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Muda lapor polis lapan menteri, timbalan menteri langgar SOP