Muda gesa kerajaan nyata pendirian jelas status Undi18

Iklan
Kenyataan media Dr Teo Lee Ken pada Jumaat.

SHAH ALAM - Usaha menggagalkan pelaksanaan Undi18 dengan menggunakan alasan kekaburan birokrasi disifatkan tidak bertanggungjawab dan tiada kemahuan politik yang nyata.

Pengarah Dasar Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Dr Teo Lee Ken berkata, kerajaan dan menteri-menteri terlibat perlu menyatakan pendirian jelas dan menjalankan urus tadbir yang tersusun.

Iklan
Iklan

"Golongan pengundi muda meluahkan rasa kesal yang mendalam terhadap isu pelaksanaan Undi18 yang tiada penghujungnya. Sehingga kini ditolak ke sana sini seolah-olah mahu melewat-lewatkan proses pelaksanaan tersebut.

"Kegagalan di pihak kerajaan menunjukkan pemimpinnya tidak mengambil langkah yang berkesan dan cekap untuk menyelesaikan isu undi pada usia 18 tahun ini.

Iklan

"Ketiadaan agenda dan objektif yang jelas menyebabkan agensi dan jabatan di bawah seliaan mereka masing-masing tidak dapat berjalan lancar untuk melaksanakan suatu dasar yang sudah diluluskan Parlimen,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata, timbul persoalan yang mendakwa kerajaan tidak mahu melaksanakan Undi18.

Iklan

"Oleh itu, prosesnya sengaja dilambatkan dan ditunda dengan menjadikan agensi dan jabatan kerajaan sebagai penanggung beban, dan proses birokrasi sebagai alasan,” ujar beliau.