Tiba masa pertahan 'hak penghantar makanan'

Iklan
Ng Kian Nam (dua dari kanan) pada sidang media di Seremban Gateway, Seremban pada Jumaat.

SEREMBAN - Kempen 'Mempertahankan Hak Penghantar Makanan di Malaysia' dilancarkan bagi membantu golongan berkenaan mendapat hak yang sama melalui Akta Pekerjaan 1955.

Jurucakap bagi kempen tersebut, Ng Kian Nam berkata, tujuan utama kempen itu dilancarkan adalah untuk memperjuangkan pindaan polisi bagi mengiktiraf status para penghantar makanan sebagai pekerja di bawah Akta Pekerjaan 1955.

Iklan
Iklan

Apabila status itu dapat dipinda, katanya, golongan penghantar makanan ini akan dapat menikmati hak asasi yang sama dengan pekerja lain termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Apabila status kerja mereka telah dipinda, mereka akan ada KWSP dan Perkeso yang akan dicarumkan oleh majikan selain gaji minima, cuti tahunan, tidak dipecat secara mengelakkan berlakunya ketidakadilan.

Iklan

"Melalui kempen ini, kita akan menjaga kebajikan serta keselamatan para penghantar makanan daripada ditimpa kemalangan jalan raya. Mereka antara golongan kerja yang paling mudah terdedah kepada risiko kemalangan," katanya pada sidang akhbar di Seremban Gateway di sini pada Jumaat.

Kian Nam berkata, kempen berkenaan juga akan terus memperjuangkan perkhidmatan penghantar makanan di negara ini agar dapat bersaing dengan lebih sihat.

Iklan

"Perkhidmatan penghantar makanan perlu ke arah menawarkan harga yang lebih kompetitif dan mampu dibiayai oleh kebanyakan pelanggan di negara ini," katanya.