KUALA LUMPUR - Datuk Wira Azhar Abdul Hamid akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif FGV Holdings Bhd berkuat kuasa 1 April depan
FGV dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat berkata Azhar, 59, yang menyertai syarikat itu pada 2017, meletak jawatan untuk meneruskan kepentingan beliau yang lain.