BAGI pasangan yang mempunyai anak pramatang (dilahirkan sebelum 36 minggu usia kandungan), doktor sememangnya tidak mengalakkan bayi tersebut di bawa keluar rumah sekurang-kurang sebelum mereka berusia enam bulan.
Ini kerana bayi yang lahir awal ini mempunyai risiko untuk dijangkiti penyakit kerana sistem imun tubuh mereka yang masih belum kuat sepenuhnya.
Begitu jugalah yang dilalui oleh pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera yang melahirkan anak sulungnya, Ayra Aneesah Mohd Izzar Anwari ketika kandungan berusia 34 minggu secara pembedahan pada 22 Ogos lalu.
Dedah pemilik nama sebenar Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainul Abadin ini, suaminya yang juga seorang doktor, tidak membenarkan anak mereka untuk keluar berjalan-jalan.
"Daddy tak benarkan Ayra keluar jalan jalan lagi. Kalau keluar pun, travel dari sebuah rumah ke sebuah rumah lain sahaja.
"Pusat membeli-belah, semua belum pergi lagi. Tunggu enam bulan nantilah sayang, Insya ALLAH," tulisnya menerusi Instagram.
Tambah Ummi, 28, biarpun tidak pernah keluar berjalan, namun ramai yang sudah berjumpa dengan anaknya itu.
"Tak apalah, dia dah jumpa ramai orang di rumah dan ramai juga yang dah dukung dan sembang dengan Ayra kan.
"Jadi saya anggap telah mengajar awak dan mendedahkan awal kepada social skills," ujarnya.