Panas terik

Iklan

Pekerja di sebuah tapak pembinaan meneruskan kerja-kerja pembinaan dalam keadaan cuaca panas yang sedang melanda negara ketika tinjauan fotoBernama hari ini. Negara kini berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka hingga pertengahan Mac menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dari biasa berpunca daripada taburan hujan agak rendah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini kerana taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca seperti yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun. - Foto Bernama

Iklan
Iklan