Zii Jia 'smash' Momota

Iklan
Zii Jia - Foto AFP

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencipta kejutan apabila menewaskan pemain nombor satu dunia, Kento Momota pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham pada Jumaat.

Utilita Arena menjadi saksi apabila Zii Jia tampil dengan rentak memukau menerusi kemenangan straight set 21-16, 21-19 dalam tempoh 55 minit.

Iklan
Iklan

Kejayaan Zii Jia mengatasi Momota yang juga juara dunia edisi 2019 sekali gus menamatkan badi enam kekalahannya di tangan pemain Jepun itu sebelum ini.

Lebih manis, kejayaan Zii Jia menyambar tiket separuh akhir Seluruh England kali ini menyaksikan dia mengulangi pencapaiannya tahun lalu di Birmingham.

Iklan

Zii Jia yang menghuni ranking ke-10 dunia sebelum ini dikritik hebat ekoran prestasi hambarnya dalam tiga kejohanan termasuk Final Jelajah Dunia BWF di Bangkok, Thailand pada Januari lalu.

Pemain kelahiran Kedah berusia 23 tahun itu juga sekadar melangkah ke separuh akhir Terbuka Switzerland awal bulan ini biarpun tampil sebagai pilihan kedua kejohanan.

Iklan