Singapura tarik balik telur dari sebuah lagi ladang di Malaysia

Iklan
Singapura menarik balik telur yang diimport dari sebuah lagi ladang dari Malaysia setelah mengesan kehadiran bakteria Salmonella Enteritidis (SE). - Gambar hiasan

SINGAPURA - Singapura telah menarik balik telur yang diimport dari sebuah lagi ladang dari Malaysia setelah mengesan kehadiran bakteria Salmonella Enteritidis (SE).

Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam hantaran Facebook yang dikemas kini memaklumkan telur yang terbabit mempunyai cetakan kod 'CEM014.

Iklan
Iklan

SFA berkata, pihaknya telah mengarahkan empat pengimport untuk menarik kembali produk tersebut sebagai langkah berjaga-jaga, memandangkan bakteria SE boleh menyebabkan penyakit bawaan jika telur berkenaan dimakan mentah atau tidak dimasak dengan betul.

Pengimport terlibat adalah An Hong Egg Supplies, Chuan Huat Poultry Farm Pte Ltd, Dasoon Pte Ltd, FE Supply Pte Ltd.

Iklan

"Penarikan balik (telur) itu sedang dilaksanakan," katanya.

Bagaimanapun, agensi itu memaklumkan bahawa tidak semua telur import terlibat dengan penarikan balik itu kerana hanya telur yang mempunyai cetakan kod ladang 'CEM014' yang terjejas.

Iklan

SFA memaklumkan bakteria tersebut telah dikesan pada telur yang diimport dari Linggi Agriculture Sdn Bhd.

Ladang berkenaan telah digantung sementara dan SFA berkata, pihaknya akan menarik balik arahan penggantungan itu apabila ladang berkenaan memastikan isu pencemaran bakteria SE tidak berlaku lagi.

Minggu lepas (13 Mac), Singapura telah mengarahkan empat pengimport menarik balik telur dari pasaran yang dihasilkan Lay Hong Bhd Layer Farm Jeram, di Malaysia. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Singapura tarik balik telur punca penyakit dari Malaysia