KKM hargai peranan IPT jayakan agenda nasional

Iklan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghargai peranan fakulti sains kesihatan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam menjayakan agenda nasional termasuk Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, warga fakulti sains kesihatan berperanan besar dalam memastikan penjagaan kesihatan dan keselamatan orang ramai terutamanya ketika berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Menurutnya, banyak aktiviti harian ketika ini berubah bersesuaian dengan pembudayaan norma baharu sejak PKP dilaksanakan pada tahun lepas.

"Justeru, diharapkan Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia (KOMSIS) ini dapat menjadi pemangkin kepada mahasiswa untuk melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat dan kejayaan agenda nasional termasuk Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Iklan

"Selain itu, ia juga untuk mencapai komuniti kelompok dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi memastikan rakyat terus sihat menerusi amalan penjagaan kesihatan serta aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan,” katanya.

Tangkap layar peserta Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia (KOMSIS) yang diadakan secara dalam talian pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika perasmian Majlis KOMSIS yang diadakan secara dalam talian pada Sabtu.

Iklan

Konvensyen itu turut disertai oleh Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman dan Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Profesor Dr Suzana Shahar.

Selain itu, beliau juga menzahirkan rasa bangga dengan semua mahasiswa yang terus berusaha menjalankan program-program yang memberi impak dalam pembangunan masyarakat melalui pelbagai cara.

"Situasi pandemik ini mendorong kita untuk kreatif dan berubah kepada penggunaan teknologi digital mahasiswa dan terkini, demikian mahasiswi.

"Sesungguhnya, negara memerlukan modal insan yang berkaliber, berintelek dan berkemahiran di samping mempunyai pemikiran kreatif dan kritis yang mampu bersaing dan cemerlang lantaran arus perkembangan pemodenan yang sangat pantas di seluruh pelosok dunia,” katanya.