Pertandingan memancing tradisional

Iklan
Azreen Ab. Manah, 27, menunjukkan ikan haruan yang berjaya ditangkap pada pertandingan memancing secara tradisional di tali air sawah kampung Bukit Kechik, Melor di sini.
Pertandingan itu mengembalikan nostalgia ketika memancing ikan seperti haruan, keli, sepat dan puyu. Para peserta menggunakan batang joran yang diperbuat daripada pelepah salak dan sagu serta menggunakan pelampung dari sejenis batang pokok lalang dipanggil riong. Pertandingan itu dilakukan dalam suasana patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memastikan para peserta memakai pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.