MP keluar UMNO, ada hikmahnya!

Iklan
Mohd Norhiesam

GEORGETOWN- Tindakan Ahli Parlimen UMNO keluar parti dilihat satu hikmah kepada parti itu agar kembali bangkit dengan semangat yang lebih tinggi dalam memperjuangkan hak rakyat.

Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berkata, dengan situasi itu, ia merupakan waktu terbaik untuk UMNO menjalani tempoh pemulihan dan pembersihan oleh ahli dan pemimpin yang setia pada parti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemimpin dan ahli UMNO yang bertindak keluar parti tidak sepatutnya dikenang kerana jelas mereka tidak taat kepada perjuangan UMNO selama ini.

"Saya tak mahu mengulas sama ada tindakan mereka ini adalah kerana kepentingan peribadi. Namun mereka ini jelas telah mengkhianati parti dan ahli parti sendiri. Bersusah payah kita berjuang untuk kemenangan mereka, tetapi akhirnya, ini yang dibalas.

Iklan

"Tapi tak apa lah, biar rakyat menilai. Namun mereka harus ingat, tindakan mereka keluar parti langsung tidak merencatkan UMNO. Tiada satu bahagian atau cawangan pun dibubarkan. Malah UMNO kini dilihat semakin kuat selepas pilihan raya lalu.

"Insya-ALLAH, UMNO akan lebih bersih dan suci dengan pemimpin yang setia kepada parti. Nasib pemimpin yang lompat parti, masih samar. Mereka masih tidak dapat diterima oleh parti komponen PH yang lain," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam Live Sinar Harian di sini tadi.

Terdahulu, enam bekas Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut); Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu); Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing); Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Mereka menerima kad keahlian Bersatu tiga hari lalu yang diserahkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut menerima kad keahlian parti itu ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Mahathir berkata, kemasukan Ahli Parlimen berkenaan bukan bermakna mereka mencari perlindungan daripada parti itu.