KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada jam 5.09 petang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan gempa bumi itu berpusat di 58 kilometer (km) timur dari Sendai, Jepun pada kedalaman 71km.
MetMalaysia dalam penilaian awalnya mendapati gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama