Perkeso anjur program Jom Kerja

Iklan

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menganjurkan program Jom Kerja bagi membantu individu terutama golongan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19 mendapatkan pekerjaan.

Perkeso dalam kenyataannya pada Sabtu memaklumkan, sebagai permulaan, program Jom Kerja akan memfokus kepada langkah membantu pencari kerja di sekitar kawasan Projek Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat (PA/PPR) di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Program Jom Kerja dimulakan dengan Program Persediaan Temu Duga-Sesi Profiling. Sesi Profiling yang berlangsung dari 9 pagi hingga 4 petang hari ini yang diadakan di 24 lokasi di PA/PPR merangkumi kawasan Titiwangsa, Setiawangsa, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Batu, Seputeh dan Cheras,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut program hari ini akan diikuti dengan Karnival Pekerjaan yang berlangsung pada 11 April.

Iklan

Perkeso juga menyeru semua pencari kerja termasuk graduan, pekerja yang kehilangan pekerjaan, lepasan sekolah dan sesiapa sahaja yang ingin mencari pekerjaan supaya menghadiri sesi profiling itu.

Individu yang berminat boleh membuat pendaftaran di pautan http://bit.ly/PPRKL bagi membolehkan Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Perkeso membantu mereka.

Iklan

"Selain itu, pencari kerja boleh terus berdaftar di Portal Pekerjaan MYFutureJobs yang dikendalikan Perkeso menerusi laman sesawang www.myfuturejobs.gov.my yang mempunyai lebih 180,000 kekosongan jawatan aktif untuk dipohon dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, seorang pencari kerja, Nur Amirah Nor Muhammad, 22, berkata program tersebut amat berguna terutama pada masa ini ketika ramai individu kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19.

Nur Balkis Saidam, 26, pula berkata penganjuran program sedemikian perlu digiatkan lagi kerana ia memudahkan pencari kerja mencari kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran dan kelayakan masing-masing. - Bernama