LABUAN - Seramai 74 daripada 15 keluarga di Kampung Gersik di sini kehilangan tempat tinggal selepas empat buah rumah mereka yang diperbuat daripada kayu musnah dalam kebakaran pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Ismaidi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.50 petang dan mengerahkan dua jentera ke lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pasukan bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengawal api.
"Api merebak dengan cepat kerana rumah terbabit dibina begitu rapat antara satu sama lain,” katanya kepada Bernama sambil menambah bahawa tiga kenderaan turut musnah dalam kebakaran itu.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kebakaran. - Bernama