JDT dijangka tiada masalah atasi Perak di Ipoh

Iklan
Antara aksi menarik JDT menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim pada 17 Mac lalu. Foto: JOHOR Southern Tigers

PENYANDANG juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) dijangka tidak berdepan masalah mengatasi Perak biarpun gergasi bola sepak negara itu sekadar melakar keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim pada 17 Mac lalu.

Jurulatih berpengalaman Azraai Khor Abdullah berkata, keputusan seri dilakar skuad kendalian Benjamin Mora dalam perlawanan keempat liga itu hanya boleh disifatkan sebagai 'wake up call' kepada semua pemain kelab tersebut.

Iklan
Iklan

"Pada saya keputusan seri dilakar JDT ketika menentang Selangor sebenarnya tidak pun menjejaskan momentum kelab tersebut berdasarkan prestasi sebelum ini.

"JDT kelab yang konsisten dalam saingan liga dan keputusan seri ketika menentang Selangor sebenarnya sesuatu yang bagus sebagai ingatan kepada pemain Harimau Selatan supaya tidak merasa selesa.

Iklan

"Pengurusan pasukan diketuai Mora juga pastinya telah melakukan post mortem perlawanan menentang Selangor sebagai persediaan berkunjung ke Ipoh,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar pada Sabtu.

JDT akan bertandang ke Stadium Perak menentang Perak bagi perlawanan kelima Liga Super pada Ahad.

Iklan

Mengenai prestasi The Bos Gaurus kendalian Chong Yee Fatt, Azraai Khor berkata, Perak masih berada dalam keadaan terumbang-ambing berikutan pertukaran ketua jurulatih pada saat-saat terakhir.

Menurut Azraai Khor, Bos Gaurus kini sedang berdepan masalah untuk merealisasikan rentak konsisten seperti dibuktikan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Team Perak masih belum 'settel down' kerana masih tercari-cari kombinasi terbaik dalam kalangan pemain bagi merealisasikan taktikal ketua jurulatih baharu.

"Pemain-pemain memerlukan sedikit masa menerapkan falsafah bola sepak yang dibawa Yee Fatt walaupun dibarisi beberapa pemain musim lalu,” katanya.

Untuk rekod, Perak dalam perlawanan terakhir liga tewas 3-0 ketika berkunjung ke Cheras menentang Kuala Lumpur City.