Apo Mike ditembak mati polis Filipina

Iklan
Apo Mike (gambar dalam buatan) ditembak mati polis Filipina.

KOTA KINABALU - Perancang utama kegiatan kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di pantai timur Sabah, Apo Mike ditembak mati polis Filipina dalam satu kejadian di negara itu pada Jumaat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Apo Mike disahkan mati ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina.

"Bagaimanapun, kita masih menunggu maklumat lengkap mengenai kejadian itu," katanya dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Apo Mike atau nama sebenarnya Majan Sahidjuan adalah seorang sub-komander Abu Sayyaf.

Apo Mike dipercayai mengetuai beberapa siri penculikan termasuk kes penculikan empat rakyat Sarawak di perairan Semporna, Sabah berhampiran Pulau Ligitan pada 2016.

Iklan

Apo Mike juga adalah antara 21 senarai penjenayah dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSSOM) kerana terbabit aktif melakukan jenayah termasuk penculikan yang berlaku di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).