Jangan bersekongkol pihak cuba tipu hasil balak: MB Kedah

Iklan
Mohammad Sanusi Md Nor - Foto Bernama

ALOR SETAR - Kakitangan Jabatan Perhutanan Kedah diingatkan tidak bersekongkol dengan pihak yang cuba menipu mengenai hasil balak di negeri tersebut.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau bukan menuduh mana-mana pihak terlibat dalam kegiatan itu sebaliknya hanya memberi peringatan supaya perkara tersebut tidak terjadi.

Iklan
Iklan

"Dikhuatiri ada yang cuba mencari jalan mudah dengan membuat penipuan bagi melipatgandakan keuntungan. Sebagai contoh, kayu bernilai tinggi seperti meranti diisytiharkan sebagai kayu berkualiti lebih rendah seperti Chapca manakala saiz hasil balak dikurangkan satu dua inci dari saiz sebenar.

"Kalau sebatang mungkin tidak terasa kesannya bagaimanapun banyak hasil negeri telah hilang akibat perbuatan tersebut apabila membabitkan banyak pokok," katanya kepada pemberita selepas Majlis Program Santai Bersama Menteri Besar Kedah sempena Hari Hutan Antarabangsa Tahun 2021 di Dewan Seri Mentaloon, di sini, pada Ahad. Hadir sama, Pengarah Perhutanan Kedah, Muhammad Abdullah.

Iklan

Tambah Muhammad Sanusi, beliau yakin kakitangan jabatan perhutanan dapat mengenalpasti taktik penipuan seperti itu.

"Bagaimanapun, kakitangan berkenaan diminta tidak terlibat sama sekiranya ada pihak yang mengajak untuk bersekongkol dan menyogok," kata beliau lagi.

Iklan