Cuaca panas: Sekolah diminta ambil langkah berjaga-jaga

Iklan

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta pihak pengurusan sekolah supaya mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan cuaca panas dan kering yang berterusan di beberapa negeri di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, antara langkah yang perlu diambil termasuk memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas dan menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas.

Iklan
Iklan

Selain itu, katanya bekalan air minuman bersih perlu dipastikan mencukupi, menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan dan membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.

"Sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas," katanya.

Iklan

KPM berkata, jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah juga hendaklah mengadakan pemantauan bagi memastikan pematuhan langkah-langkah itu oleh pengurusan sekolah di negeri dan daerah masing-masing.

"Semua sekolah perlulah diingatkan agar lebih peka akan bahaya cuaca panas dan mengambil tindakan berdasarkan prosedur operasi standard sedia ada," katanya.

Iklan

KPM berkata pihaknya akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan berkaitan fenomena yang dialami ketika ini. - Bernama