Menteri Lubnan lawat tahanan politik Eropah paling lama

Iklan
Menteri Kehakiman Lubnan melawat lelaki yang digelar tahanan politik paling lama di Eropah yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Perancis. -Gambar hiasan.

BEIRUT - Menteri Kehakiman Lubnan melawat lelaki yang digelar tahanan politik paling lama di Eropah yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Perancis, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Ahad.

"Jumaat lalu, Marie-Claude Najm mengunjungi tahanan Georges (Ibrahim) Abdallah selama tiga jam di Penjara Lannemezan di Perancis.

Iklan
Iklan

"Najm pada Mei 2020 telah membangkitkan kes lelaki Lubnan itu semasa mengadakan perbincangan telefon dengan bekas Menteri Kehakiman Perancis Nicole Belloubet. Oktober ini hukuman penjara Abdallah mencecah 37 tahun,” lapor Agensi Berita Nasional (NNA).

Pada Sabtu, keluarga Abdallah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas lawatan tersebut dan berharap memberikan hasil positif.

Iklan

Abdallah masih kekal di penjara walaupun telah menyelesaikan tempoh minimum hukumannya, menurut rakan dan saudara-mara.

Dia menjadi sebahagian ahli Gerakan Nasional Lubnan, sebuah gerakan sayap kiri sebelum bergabung dengan pihak yang menentang ketidakadilan dilakukan terhadap hak rakyat Palestin.

Iklan

Abdallah ditahan di Lyon, Perancis pada 24 Oktober 1984 dan kemudian dihukum kerana terlibat dalam pembunuhan seorang diplomat Israel dan Amerika Syarikat. - Bernama