Kelihatan kanak-kanak bermain bagi mengisi masa lapang ketika tinjauan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) mangsa kebakaran Kampung Gersik di Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, hari ini.
Kesemua mangsa berasa lega walaupun tinggal sehelai sepinggang kerana semua ahli keluarga berada dalam keadaan baik dan selamat.
Iklan
Iklan
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad ketika ditemui berkata, mangsa kejadian yang ditempatkan di sini telah menjalani ujian saringan kesihatan COVID-19 sebelum dibenarkan keluar untuk membuat laporan di balai polis.
Kejadian yang berlaku petang Sabtu lalu telah memusnahkan empat buah rumah kediaman melibatkan tujuh puluh empat orang daripada 15 keluarga. - Foto Bernama