KASA cadang bangunkan lembangan sungai sempadan negeri

Iklan
Saarani (depan kiri) dan Tuan Ibrahim melihat Pengukur Aliran Air pada Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak hari ini. - Foto Bernama

IPOH - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang menggerakkan inisiatif pembangunan lembangan sungai sempadan antara negeri untuk dimanfaatkan negeri-negeri terlibat.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kebanyakan lembangan sungai sempadan negeri itu masih belum dibangunkan bagi memaksimum penggunaan air sungai terbabit.

Iklan
Iklan

Melalui pembangunan tersebut katanya, setiap negeri terlibat tidak perlu membina loji air masing-masing tetapi menggunakan satu loji rawatan air untuk dikongsi oleh dua negeri yang bersempadan.

"Isunya banyak air yang kita lepaskan ke laut jadi macam mana kita nak manfaatkan semaksimum mungkin supaya air yang ada dapat digunakan sepenuhnya.

Iklan

"Lembangan sungai itu antaranya di Melaka-Johor, Negeri Sembilan-Melaka, Selangor-Perak, Perak-Kedah dan Kedah-Pulau Pinang.

"Pembangunan loji itu nanti tak perlu satu loji setiap negeri kerana jika satu loji boleh bekalkan air kepada dua negeri boleh jimat kos pembinaan loji," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad di Hotel Casuarina@Meru di sini pada Isnin.

Iklan

Turut hadir Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang; Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Tuan Ibrahim berkata, inisiatif itu memerlukan rundingan antara negeri-negeri malah sudah ada negeri perintis yang akan melaksanakan cadangan tersebut.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan rundingan antara kerajaan Kedah dan Pulau Pinang berhubung isu air Sungai Kuala Muda masih berjalan.

Katanya, KASA telah bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Parlimen bagi mencari penyelesaian mengenai perkara tersebut.

"Isunya Pulau Pinang ambil air dari Kedah, pengorbanan Kedah menjaga hutan sumber air itu harus diberi penghargaan dan secara prinsipnya, kita setuju mana-mana negeri telah berkorban harus diberi pertimbangan walaupun bukan bayar ikut jumlah air sekurang-kurangnya ada token diberikan kepada negeri tersebut.

"Implikasinya kalau kawasan tadahan air terganggu, bukan sahaja Pulau Pinang tetapi Kedah juga akan alami juga tapi kena ada sistem.

"Yang penting kita kena bangunkan satu sistem supaya dapat situasi menang-menang di kedua-dua negeri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Caj air mentah: Kedah mahu bayaran bukan sumbangan

Isu air: Pulau Pinang tak akan bayar satu sen kepada Kedah

Sedia jumpa MB Kedah di mahkamah: KM Pulau Pinang