KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan meningkatkan tahap keselamatan di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai khususnya di Pulau Warisan bagi memastikan pelancong selesa dan selamat ketika berkunjung ke Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, beliau percaya insiden sebuah pacuan empat roda dinaiki lima sekeluarga terjunam dalam sungai Jumaat lalu tidak menjejaskan kehadiran pelancong ke sini.
Iklan
Iklan
"Kita tidak jangka perkara seperti ini akan berlaku, sebagaimana Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar nyatakan dan kami akan tingkatkan ciri-ciri keselamatan terutama di Pulau Warisan.
"Insiden yang berlaku ini tidaklah sampai tak ada yang nak datang ke Terengganu,” katanya selepas hadir ke Walkabout Pasar Payang Sempena Kempen Pencegahan Jenayah & Keselamatan Jalan Raya di Pasar Payang, di sini hari ini.
Program bertujuan mempromosikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan selamat dan berbudaya menarik itu dianjurkan Persatuan Usahawan Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (PPKM).
Hadir sama Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abd Halim Abd Samad, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Presiden PPKM, Datuk Seri Dr Alex Ong.
Artikel Berkaitan