SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah diluluskan di bawah Geran Khas Prihatin 1.0 (GKP 1.0) dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac ini.
Menurutnya, bayaran tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta dan hampir 900,000 PKS mikro akan menerima bantuan berkenaan.
Iklan
Iklan
"Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac di Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya pada Isnin.
Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), beliau berkata, kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada bulan Januari dan Februari lalu.
Katanya, PKS mikro yang berada di negeri bukan PKP pula akan menerima sebanyak RM500.
"GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak Covid-19 di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.
Artikel Berkaitan