Lorong simpang SMK Dato’ Ibrahim Yaacob, Jalan Kuching ditutup

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Lorong di simpang menghala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ibrahim Yaacob dan Jalan Kuching arah Kuala Lumpur dari Kampung Batu, di sini akan ditutup mulai 24 Mac hingga 27 Mac ini.

MMC-Gamuda dalam kenyataan pada Isnin berkata, penutupan separa lorong di luar waktu puncak dari jam 9 pagi hingga 4 petang itu adalah untuk kerja-kerja pemasangan penghadang jalan dan sebarang kerja yang berkaitan.

Iklan
Iklan

"Semasa penutupan separa lorong, pengguna jalan raya yang ingin menuju ke SMK Dato’ Ibrahim Yaacob atau Jalan Kuching arah Kuala Lumpur masih boleh melalui separa lorong sedia ada.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas,” katanya.

Iklan

Sementara itu, penutupan lorong kanan di persimpangan Persiaran APEC dan SkyPark@Cyberjaya arah Cyberjaya akan bermula dari 24 Mac hingga 31 Mei.

"Kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan 24 jam selama dua bulan. Semasa penutupan lorong kanan sepanjang 500 meter di Persiaran APEC arah Cyberjaya dilaksanakan, pengguna jalan raya masih boleh menggunakan dua lorong sedia ada.

Iklan

"Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas,” katanya. - Bernama