SUBANG JAYA - Briged Tengah Pasukan Gerakan Am(PGA) merampas arak, dadah dan rokok di tiga lokasi berasingan di Selangor dan Johor dengan nilai rampasan lebih RM1.9 juta dalam serbuan pada Isnin.
Komander Briged Tengah PGA Cheras, Senior Asisten Komissioner Muhammad Abdul Halim berkata, tiga serbuan yang dijalankan itu sekali gus berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran arak, rokok tanpa cukai dan dadah di sekitar Lembah Klang, Muar dan Johor Bahru.