KOTA KINABALU - Kerjasama erat yang dijalin antara parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan sebuah aspirasi rakyat di negeri untuk melihat lebih banyak pembangunan dilaksanakan, kata Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan yakin perancangan dilakar oleh kerajaan negeri akan dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan.