Zahid janji pertahan UMNO daripada digadai 'broker'

Iklan
Ahmad Zahid Hamidi

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan mempertahankan parti UMNO daripada digadai oleh ‘broker’.

Beliau menegaskan bahawa UMNO bukan alat untuk tawar menawar jawatan atau kedudukan sesiapa.

Iklan
Iklan

"Seperti saudara saudari, saya juga tahu dan sedar apa yang sedang 'broker' rancangkan. Muslihat serta tipu daya mereka, segala hipokrasi dan helah dalam pemantauan dan radar.

"UMNO sama sekali tidak akan melukut di tepi gantang hanya kerana hujah-hujah bermuka dua.

Iklan

"UMNO parti milik rakyat dan jutaan ahlinya. Bukan milik mana-mana pihak untuk dijual beli. InsyaALLAH selagi ada keringat dan bakti saya berjanji UMNO tetap dipertahankan,” katanya melalui siaran di Facebooknya pada Selasa.

Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak mendedahkan identiti individu yang terlibat sebagai broker di dalam UMNO.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau meminta ahli-ahli dan penyokong UMNO agar tidak terlalu risau dengan perkara tersebut.

"Saya berkata begini kerana saya membaca pandangan dan keluh kesah saudara saudari. Segelintir saudara saudari khuatir saya sebagai Presiden UMNO tidak ‘alert’ (sedar) rancangan mereka.

"Saya 'alert'. Saya malah 'alert' semakin galak persepsi negatif diilustrasikan ke atas saya.

"Tetapi demi keutuhan parti keramat bangsa dan agama saya mendepani cabaran ini secara berhemah,” ujarnya.