Program khusus untuk Agropreneur Muda

Iklan

Nilai pembiayaan Agro-Youth Entrepreneur Scheme (Agro-YES) yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Agrobank dinaikkan sehingga RM500,000.00.

Pada awalnya nilai pembiayaan adalah RM200,000.00 dan sempena pelancaran Agro-YES pada 18 Mac 2021 yang lalu, menterinya YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengumumkan nilai pembiayaan dinaikkan kepada RM500,000 bagi setiap permohonan.

Iklan
Iklan

" Ini mengambil kira keperluan modal permulaan yang tinggi bagi memulakan projek pertanian dengan penggunaan teknologi moden dan aplikasi Internet of Things (lOT),” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Agro-YES di Wisma Tani, Putrajaya.

Menurutnya, MAFI telah memperuntukkan RM21 juta bagi pembiayaan Agro-YES ini. Semua Agropreneur Muda yang telah menjalankan projek pertanian dan beroperasi lebih 12 bulan layak untuk memohon untuk mendapatkan pembiayaan sehingga RM500,000.00 bagi setiap permohonan melalui Agrobank dengan kadar faedah yang sangat minimum iaitu sebanyak 2% setahun.

Iklan

Agro-YES merupakan antara inisiatif MAFI menerusi Agrobank untuk menarik lebih ramai golongan muda yang berusia 18 sehingga 40 tahun menceburi bidang pertanian.

Beliau berkata menyedari tentang pentingnya sektor pertanian dan industri makanan terutamanya ketika negara dan dunia dilanda COVID-19, produk Agro-YES ini membuka peluang untuk membantu meningkatkan pendapatan usahawan muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi hasil pertanian.

Iklan

"Produk Pembiayaan Agro-YES direka khas bagi membantu usahawan muda dalam membangunkan pertanian sedia ada mereka ke tahap yang lebih kompetif seiring dengan teknologi internet kebendaan (IOT).

"Proses birokrasi dikurangkan dalam rantaian permohonan dan tempoh masa pemprosesan dikurangkan daripada dua bulan kepada 14 hari sahaja."katanya.

Kementerian percaya produk Agro-YES ini mampu membantu untuk memodenkan sektor pertanian dan agromakanan negara dari sudut teknologi dan automasi serta pertanian pintar yang secara tidak langsung melahirkan golongan agropreneur muda yang berjaya.

Agro-YES adalah produk yang dijenamakan semula dari Pembiayaan Khas Agropreneur Muda. Pada tahun 2020, seramai 1,159 orang telah mendapat bantuan geran dan pembiayaan di bawah Agropreneur Muda berjumlah RM23 juta berbanding 764 orang pada tahun 2019 berjumlah RM13.7 juta.

Peningkatan peserta itu selepas YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada Jun tahun lepas mengumumkan permohonan Geran Agropreneur Muda dibuka sepanjang tahun dan tidak lagi tertakluk kepada tempoh masa tertentu seperti sebelum ini yang dibuka hanya pada Januari, Mei dan September sahaja.

Sementara itu, Pengerusi Agrobank YBhg Datuk Mustapha Buang berkata usaha Agrobank dalam menggerakkan dan memajukan sektor pertanian negara sentiasa menjadi keutamaan Agrobank.

Katanya dalam memakmurkan sektor pertanian di Malaysia, pelbagai usaha telah dijalankan Agrobank bagi merealisasikan hasrat tersebut. Menerusi pelancaran produk ini, Agrobank berharap pembiayaan ini akan dapat membantu golongan muda menceburi perniagaan berasaskan agro dan sekaligus menjana pendapatan yang progresif, berdaya saing dan inovatif.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Agro-YES, sila layari laman sesawang Agrobank di www.agrobank.com.my atau hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476 atau kunjungi mana-mana cawangan Agrobank.