13 juta rakyat Chile dikuarantin, kes Covid-19 naik mendadak

Iklan
Kerajaan Chile pada Isnin mengumumkan lebih 13 juta penduduknya akan dikuarantin bermula Khamis berikutan peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara

SANTIAGO - Kerajaan Chile pada Isnin mengumumkan lebih 13 juta penduduknya akan dikuarantin bermula Khamis berikutan peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara, lapor Xinhua.

"Minggu ini sangat kompleks dari sudut kesihatan, memerlukan kami terus mengekalkan langkah-langkah kesihatan untuk mencegah virus merebak.

Iklan
Iklan

"Semasa berkumpul dengan keluarga, saya ingin tekankan perlunya menjaga jarak fizikal, mencuci tangan, tidak berkongsi gelas atau pinggan dan memakai pelitup muka, cara paling berkesan untuk mengelakkan penularan," kata Menteri Kesihatan Enrique Paris pada sidang akhbar.

Menurutnya, 21 bandar di wilayah metropolitan Santiago, termasuk Maipu dan Puente Alto, yang paling banyak penduduk akan diletakkan dalam kuarantin serta 21 daerah lain di wilayah Coquimbo, Valparaiso dan O'Higgins dan Maule, Nuble, Biobio dan Los Lagos.

Iklan

Pihak berkuasa mengumumkan langkah tersebut berikutan 17 peratus peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara dilaporkan sepanjang minggu lalu, sementara dalam tempoh 14 hari lalu mencatatkan 36 peratus.

Pada Isnin, kementerian melaporkan 6,155 kes baharu dan 80 kematian dalam 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini masing-masing 938,094 dan 22,359. - Bernama

Iklan