Sultan Johor kurnia darjah kebesaran

Iklan
Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) kepada Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Selasa. - Foto RPO (Facebook Sultan Johor)

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah-Darjah Kebesaran bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan rasmi baginda pada Selasa.

Turut berangkat Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah pada Majlis Pengurniaan Darjah yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini.

Iklan
Iklan

Hadir sama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda selain Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim serta Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Baginda berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) kepada Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah.

Iklan

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), yang membawa gelaran Dato.

Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) kepada Hasni di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Selasa. - Foto RPO (Facebook Sultan Johor)

Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang juga membawa gelaran Dato dikurniakan kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, Datuk Abdul Rahman Salleh; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Faisal Mohamed.

Iklan

Sementara itu, lima penerima dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ).

SIJ dikurniakan kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil; Pegawai Daerah Kulai, Zainor Adani; Pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Shaharom Nor Azian Che Mat Din dan Kadi Besar Negeri Johor, Halid Sono.