Individu terlibat kuasai kartel PDRM dikenal pasti: KPN

Iklan

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam kartel yang cuba menjatuhkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Tanpa mendedahkan nama mereka yang terlibat, Abdul Hamid berkata, isu berkenaan masih terkawal dan berada dalam pengawasannya dan yakin mereka yang terbabit tidak dapat `bergerak' ketika ini.

Iklan
Iklan

Abdul Hamid berkata, tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya terdapat warga PDRM yang mempunyai cita-cita untuk meningkatkan keupayaan diri seperti ingin menjawat jawatan pengarah suatu hari nanti.

"(Jika bercita-cita) satu hari nanti ingin menjadi Pengarah JSPT (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik), Pengarah JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) tiada silapnya di situ. Saya amat menggalakkan.

Iklan

Masalahnya apabila cita-cita berkenaan digabungkan dengan amalan-amalan yang tidak sihat ini. yang salah, yang selalu saya kritik, saya nasihatkan supaya dihentikan," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, tindakan susulan akan diambil kepada mereka yang terlibat selain akan mengadakan perbincangan berhubung isu itu bersama Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan seterusnya akan berjumpa dengan pengarah jabatan PDRM.

Iklan

"Selepas ini, saya akan berjumpa dan mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan barisan pengarah jabatan PDRM.

Jangan ingat orang tidak tahu ketika kita berjalan megah di tengah pekan kononnya dengan baju biru kita, pistol kita, (maka kita) berjalan megah. Kita ingat orang hormat kita (padahal) di belakang orang ludah kita," katanya.

Semalam, media melaporkan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) bebas menyiasat dakwaan salah laku pegawai muda yang mewujudkan kartel terbabit. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN