BALING - Dua tandan pisang yang telah masak dan ditanam dalam kawasan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang dicuri.
Menerusi perkongsian di entri Facebook ADUN Kupang, Datuk Briged Jeneral (B) Najmi Ahmad, nyata terkejut dengan kehilangan dua tandan pisang itu pada siang tadi.
"Tersenyum saya dan sahabat-sahabat petang ni. Dua tandan pisang di PKWR Kupang berpindah tangan tanpa kami ketahui siapa yang mengambilnya.
"Insya-ALLAH kami akan terus tanam dan halalkan pada yang ambil dan berhajat. Cuma lepas ini, maklumlah sepatah," katanya.
Iklan
Beliau turut menjemput individu berkenaan untuk minum bersama.
"Boleh kita sembang-sembang sambil minum air dan fikir apa lagi bantuan yang boleh diberikan jika berkelayakan," katanya.
Iklan