Jurutera rugi lebih RM29,000 terperdaya iklan kereta

Iklan
Seorang jurutera kerugian lebih RM29,000 apabila terpedaya dengan iklan jualan kenderaan palsu di media sosial. (Gambar hiasan - Foto 123RF)

MELAKA - Hasrat seorang jurutera lelaki membeli kereta Toyota Alphard dengan harga murah melalui media sosial membawa padah apabila kerugian lebih RM29,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan berkata, mangsa berusia 38 tahun dan menetap di Paya Rumput, di sini berminat membeli kereta mewah itu selepas tertarik dengan iklan penjualan kereta dari Singapura pada 9 Mac lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa mendakwa telah berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan berminat untuk membeli kenderaan itu dengan harga RM60,000 sebelum diarahkan suspek membuat bayaran deposit 10 peratus, insurans dan cukai jalan.

"Mangsa membuat bayaran secara berperingkat berjumlah RM29,700 ke dalam lima akaun bank berbeza.

Iklan

"Selesai membuat bayaran itu, suspek masih lagi meminta wang daripada mangsa dan sehingga sekarang mangsa belum mendapat kenderaan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Jelasnya, tindakan suspek yang meminta bayaran lagi menyebabkan mangsa berasa curiga dan membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak pada Jumaat lalu.

Iklan

Menurutnya, hasil semakan polis ke atas salah satu nombor akaun yang digunakan suspek dipercayai terlibat dengan tiga laporan polis yang menggunakan modus operandi sama.

Katanya, bagi menggelakkan perkara ini berlaku, polis menasihati orang ramai sentiasa berhati-hati dengan tawaran penjualan kereta secara dalam talian.

"Mereka juga dinasihatkan supaya membuat semakan ke atas nombor telefon atau nombor akaun yang meragukan di laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule untuk menggelakkan diri menjadi mangsa penipuan," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, setakat ini 16 kes penipuan jualan kenderaan dalam talian direkodkan dengan kerugian RM147,649 pada tahun ini, manakala 32 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian RM236,640 pada tahun lalu.