Imigran Pakistan bantu gelandangan AS

Iklan
Kazi Mannan (kanan) melayan seorang wanita gelandangan yang menjamu selera di restorannya.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pendatang Pakistan yang juga pengusaha restoran halal diangkat sebagai wira di kawasan komunitinya apabila menawarkan makan tengah hari percuma kepada golongan miskin dan gelandangan.

Video memaparkan Kazi Mannan menghidangkan makanan percuma kepada golongan kurang bernasib baik di restorannya, Sakina Halal Grill telah ditonton lebih 12 juta kali di media sosial.

Iklan
Iklan

Restoran mewahnya terletak di K Street dan berada tidak jauh dari Rumah Putih. Beliau menyediakan makanan percuma setiap hari.

Menurut Mannan, beliau bukan mahu meraih publisiti sebaliknya ikhlas membantu golongan terbabit kerana pernah berhadapan situasi sama ketika tidak mempunyai wang.

Iklan

"Saya tidak berkira. Mereka boleh membayar seikhlas hati...bagi yang tidak mampu, makanan diberi percuma.

"Saya layan mereka seperti pelanggan tetap dan berbayar. Mereka sudah seperti keluarga," kata Mannan.

Iklan

Tahun lalu, Mannan menyumbang kira-kira 16,000 bungkus makanan percuma kepada golongan susah sekitar Washington. - Agensi