KOTA BHARU - Semua anggota polis di Kelantan bersetuju untuk menerima vaksin Covid-19 sekali gus menafikan dakwaan ada segelintir dalam kalangan mereka yang enggan disuntik vaksin sebagaimana yang tular di laman sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pada peringkat awal terdapat sedikit salah faham mengenai program suntikan melibatkan anggotanya, bagaimanapun selepas diberikan penerangan kesemua anggota bersetuju untuk menerima vaksin.