Wira negara selamat kembali ke tanah air

Iklan
Zii Jia mempamerkan medal yang dimenangi setelah muncul juara All England 2021 setibanya di KLIA, petang tadi.

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang muncul juara All England 2021 di Utilita Arena, Birmingham kelmarin selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi.

Ketibaan pemain berusia 22 tahun itu, disambut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh.

Iklan
Iklan

Pihak media bagaimanapun tidak dibenarkan melakukan sesi temuramah bersama Zii Jia, berdasarkan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Zii Jia juga akan menjalani kuarantin selama tujuh hari mulai hari ini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Iklan

Ahad lalu, Zii Jia menumpaskan juara bertahan yang juga pemain ranking kedua dunia, Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22, 21-9 untuk muncul selaku pemain keenam Malaysia yang menjuarai kejohanan badminton tertua di dunia itu setelah Wong Peng Soon yang muncul juar apada 1951, 1952 dan 1955, Eddy Choong (1953, 1954, 1956, 1957), Tan AikHuang (1966), Muhammad Hafiz Hashim (2003) dan Datuk Lee Chong Wei (2010, 2011, 2014 dan 2017).

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Zii Jia juara Seluruh England, tewaskan Viktor Axelsen

Iklan